Aku Seorang Tukang Urut

Namaku Jefri. Aku tinggal di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Orang duduk setaman denganku memanggilku dengan nama Bro Jef. Aku berniaga sendiri dan mempunyai sebuah kedai ubat tradisional di tamanku.

Dahulu bapaku seorang tukang urut. Aku selalu membantu ayahku mengurut pesakitnya. Setelah aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berniaga, aku mengambil upah mengurut secara Part Time. Biasanya hari hujung minggu sebelah petang.

Sebelum ini, memang aku tak mengurut orang di KL. Tapi ceritanya bermula apabila bapa kepada jiran sebelah rumahku tergeliat tangan. Ketika itu aku sedang membasuh kereta.

" Pang....! ". Kedengaran bunyi sesuatu pecah.

" Bunyi apa itu ? Kuat sekali. ", bisik hatiku.

Aku pun cuba mengintai. Mahu tahu apa yang berlaku.

Sebentar kemudian, seseorang lelaki keluar dari pintu. Usianya sekitar 50an pada penglihatanku. Kulihat dia sedang memegang tangan kanannya.

"Kenapa pakcik?", tanyaku kepadanya.

" Tangan pakcik terseliuh. Tadi pakcik mahu ke dapur. Terseradung tikar dan terjatuh ", katanya padaku.

"Mari saya lihat tangan pakcik?", pintaku kepadanya.

Pakcik itu pun menghulurkan tangannya. Aku pun melihat tangannya.

" Takpe pakcik, biar saya tolong urutkan. Kalau dibiarkan nanti bengkak", pintaku padanya.

" Anak pandai urut?", tanyanya seakan kagum.

" Bolehlah sikit sikit pakcik. Pakcik tunggu sebentar ya. Saya ambilkan minyak.", kataku padanya.

Aku bergegas ke dalam rumahku untuk mencari minyak sapu. " Nak pakai minyak apa ye?", bisik hatiku. Jika di kampung biasanya aku dan bapakku menggunakan minyak dari pati kelapa.

Lalu aku teringatkan spray Biobax yang baru ku beli dari kedai online Shafcare House. Lalu terus ku ambil dan bawa kepada pakcik.

" Hulurkan tangan pakcik", pintaku. Aku pun terus spray Biobax dan sapukan di tangan pakcik. Aku pun mula mengurut sambil mula berbual dengan pakcik.

" Pakcik ni dari mana ye? Rasanya saya tak pernah lihat pakcik sebelum ini.", kataku.

" Nama pakcik Mior Kassim. Panggil saja pakcik Pak Mi. Pakcik datang melawat anak cucu pakcik dengan isteri pakcik. Mereka semua keluar bershoping dan pakcik tinggal seorang di rumah. Anak ni nama apa ya?", katanya padaku.

" Owh... Nama saya Jefri", jawabku.

Kami berbual agak panjang. Lebih kurang 20 minit. 

" Bagaimana tangan pakcik?", tanyaku selepas mengurut.

" Alhamdulillah, dah ok. Pandai anak mengurut. Terima kasih nak." katanya sambil memujiku.

"Sama sama", kataku. Aku kemudiannya membantu Pak Mi membersihkan barang yang pecah tadi. Tidak lama kemudian keluarganya pulang. Pak Mi menceritakan semuanya kepada anaknya. Anaknya mengucapkan bebanyak terima kasih kepadaku.

Itulah permulaan bagaimana aku boleh jadi seorang tukang urut di bandar. Selepas perkara itu tersebar, aku sering menjadi tempat untuk orang mengurut.

Sebagai langkah kecemasan, aku membeli 3 botol Biobax dari Shafcare House. 1 botol simpan di rumah, 1 botol simpan di dalam kereta dan 1 botol di kedai. Maklumlah, bisnes tukang urut semakin banyak permintaan! Hehehe....
.
.






Latest

5 ulasan