Kenangan Suami Isteri

Kini, aku sudah dewasa. Aku sudah berkahwin dan memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Isteriku seorang guru sekolah sementara aku bekerja sebagai pemilik restoran. Anak anak kami semuanya 3 orang dan masih bersekolah.

Suatu hari isteriku mengidam durian. "Abang, Anje nak makan durian. ", kata isteriku padaku.

Lalu aku pun teringatkan dusun durian ayahku di kampung.

"Ye Anje, rasanya durian ayah di kebun dah berbuah. Anak anak pun dah cuti sekolah minggu depan. Boleh kita pulang ke kampung", kataku kepada isteriku.

"Baiklah", kata isteriku mengangguk.

Aku pun teringat kenangan ketika pertama kali bertemu dengan isteriku. Kami tinggal di KL. Tetapi berasal dari kampung yang sama.

"Anje.... Anje ingat tak masa kita mula berkenalan dulu...", kataku pada isteriku.

"Mestilah ingat! Dekat kebun durian ayah la kan?", kata isteriku.

Ketika itu, aku baru pulang dari kedai. Kebiasaanku aku akan memeriksa kebun durian sekitar jam 9 pagi. Ayahku sudah ke kebun lewat subuh lebih awal untuk mengutip durian yang gugur.

Pagi itu, aku ternampak seorang gadis ayu datang ke rumahku.

"Siapa gadis itu ayah?", tanyaku penuh persoalan.

"Owh... itu Salasiah (isteriku).. Anak kawan ayah, Pak Hamid", kata ayahku.

"Ayahnya Pak Hamid mahu membeli durian ayah. Tapi tak dapat datang. Jadi Salasiah la yang datang membeli durian...", kata ayahku lagi.

"Pakcik, berapa semuanya?", tanya Salasiah setelah durian yang ingin dibelinya siap disimpan dalam raga motorsikalnya.

"Semuanya RM 45 ringgit", kata ayahku. Salasiah pun menghulurkan RM 100 ringgit.

Ketika ayahku menyeluk poket seluarnya untuk keluarkan baki. tiba tiba...

"Aduh, sakitnya... keluh ayahku.

"Kenapa ayah?", tanyaku agak cemas. Dahiku berkerut.

"Pinggang ayah sakit", kataku. Aku terus mendapatkan ayahku dan mebaringkannya di beranda rumahku. Biasalah ayahku yang sudah tua sememangnya selalu sakit pinggang.

"Cuba pakcik pakai ini", kata Salasiah menghulurkan sesuatu.

Aku terus mengambilnya dan spray di pinggang ayahku sambil ku urut sikit. Selepas 5 minit, kulihat ayahku sudah tidak sakit.

"Wah... baiknya spray ini. Dimana Cik Salasiah membelinya?", tanya ku penuh kehairana.

"Itu Biobax. Saya beli dari kedai Shafcare House. Ambillah...", kata Salasiah..

Aku pun memberikan baki kepada Salasiah lalu dia pun terus pulang.
.
.
Aku terukir senyuman dibibir. Gadis bernama Salsiah itu kini telah menjadi isteriku.

Cuti sekolah pun tiba. Kami pun pulang ke kampung. Aku sempat membeli 2 botol Biobax dari Shafcare House untuk ayahku.

Aku pasti ayah pasti gembira dengan hadiahku. Ayahku sudah tua dan semestinya akan terasa sakit pinggang selalu.

Setelah 4 jam perjalanan, kami pun sampai ke kampung. Kegirangan terpampang di wajah orang tuaku. Mereka menyambut kami dan kami bersalaman. 

Sambil aku kemudiannya terus ke kebun untuk melihat durian yang sudah masak. Pasti enak jika dimakan bersama keluarga tercinta. Durian yang diidam oleh isteriku.... Salasiah..