Wang Emas atau Wang Kertas?

Wang Emas atau Wang Kertas? Sekiranya kedua-duanya wang tersebut wujud secara serentak pada masa hadapan.... mana satu yang anda pilih??? Wang Emas yang dihasilkan dengan emas atau Wang Kertas yang dicetak?

Wang Emas atau Wang Kertas? Sejarah kewujudan Wang yang tidak diketahui ramai orang....

Pada awalnya... sejarah telah tertulis yang mengatakan dahulunya orang menggunakan sistem barter (menukar satu barang dengan satu barang yang lain) sebelum akhirnya bertukar menjadi wang. Tetapi tahukah anda wang kita hampir tiada nilainya... Bagaimana boleh terjadi?

Selepas sistem barter, orang memggunakan wang syilling emas untuk menjalankan aktiviti jual beli. Masalah mula timbul apabila terdapat sebahagian orang yang suka mengikis wang yang mereka terima itu sebelum memberikan pada orang lain. Hal ini menyebabkan wang itu menjadi ringan dan merosakkan nilainya. Kemudian, syilling tersebut dibuat dengan corak garisan ditepinya untuk mengatasi masalah ini.

Lalu bagaimana wang kertas wujud? Ia bermula apabila ada orang menawarkan untuk menyimpan emas mereka dengan digantikan dengan sekeping notes. Notes ini lah kemudiannya digunakan untuk urusan jual beli. Kemudian mereka mengenakan faedah kepada penyimpan wang untuk notes yang dikeluarkan. Setelah menyedari bahawa mereka boleh mengaut keuntungan, mereka mengeluarkan notes kertas dan hutang tanpa melihat kedudukan emas itu... Maka wujudlah institusi kewangan bank dan juga wang kertas yang melebihi nilai emas yang mereka ada dalam simpanan.

Ketika ini wang kertas masih boleh dikawal kerana wang kertas USD disandarkan pada emas. Peristiwa kerosakan wang sehingga berlaku apabila bank rizab persekutuan Amerika ditubuhkan pada 1913 yang mengawal selia wang. Pada tahun 1971, Presiden Nixon mengeluarkan USD daripada tautan emas dan wang USD menjadi wang fiat di mana mereka boleh mencetak wang sebanyak mereka mahu. Pada tahun berikutnya, mereka memaksa kerajaan-kerajaan di dunia memutuskan sandaran wang mereka daripada  emas sepenuhnya....

Peristiwa ini membolehkan bank-bank utama mencetak wang tanpa mereka tanpa had walaupun mereka kehabisan wang termasuk Malaysia sehingga mereka mempunyai terlalu banyak wang. Inilah kenapa kerajaan Malaysia boleh keluarkan duit berbillion ringgit walaupun tiada wang kerana bank negara boleh mencetak seberapa wang fiat yang mereka mahu!

Ini bukan auta kerana ianya telah diceritakan sendiri oleh pelabur tersohor Robert T. Kiyosaki dalam buku yang wajib anda miliki bertajuk "Rich Dad's Conspiracy of the Rich".


1 ulasan:

Nanti kita ceritakan pula bagaimana menguruskan wang fiat anda supaya kekal selesa dalam pos seterusnya :-)