Matlamat atau Sekadar Impian....

Matlamat atau sekadar impian.... Mana satu pilihan anda.... Matlamat atau sekadar impian... Adalah perjalanan hidup anda ini adalah satu matlamat kehidupan atau sekadar impian.. atau angan-angan mat jenin kata orang....

Matlamat atau sekadar impian... Apakah ada perbezaan antaranya?

Matlamat adalah satu perkara yang menjadi goal kita atau sesuatu yang ingin kita capai secara serius. Menurut pandangan sebahagian ilmuan, matlamat harus jelas, boleh diukur dan perlu ditulis untuk disemak setiap hari. Matlamat akan membuatkan seseorang itu berusaha atau mengambil sesuatu tindakan ke atasnya. Biar apapun kesulitan, rintangan atau halangan... sudah pasti kita akan mengambil risiko tersebut untuk mencapai matlamat kita.

Anda sendiri dapat merasai perbezaan matlamat dan impian ke atas diri anda. Pernah satu hari anda ingin mencapai sesuatu dan keesokan harinya anda melupakannya tanpa melakukan sesuatu? Haa... itu lah yang dikatakan impian. Anda bermimpi besar untuk memiliki sebuah Ferrari atau rumah banglo 5 tingkat sebagai contoh pada satu hari dan melupakannya kerana berasa ianya mustahil dan tiada tindakan bagi mencapainya...

Halangan UTAMA sesuatu itu menjadi matlamat atau sekadar impian....

Apakah halangan itu masa? keinginan ? ataupun orang sekeliling kita?....  sebenarnya ianya adalah minda kita sendiri.... "Masa Depan Boleh Jadi Seperti Apa Yang Minda Fikirkan!".. Itulah ungkapan awal dalam blog ini jika kalian melihat di bahagian atas blog ini.... Satu ungkapan yang mengingatkan diri sendiri dan pembaca blog bahawa Matlamat boleh dicapai dengan kuasa minda yang betul.... bukan impian semata-mata sahaja....... Minda adalah aset yang paling penting dan istimewa bagi kita....  Minda boleh menjadi aset yang bernilai ATAU menjadi liabiliti yang dasyat... bergantung pada diri kita..

Minda yang membuatkan kita berfikir...
Minda yang membantu kita membuat keputusan...
Minda yang membantu kita mengawal emosi...
Minda yang menggerakkan tubuh badan kita...
Minda yang memberikan kita bayangan masa lampau, silam dan masa depan...
Minda yang membantu kita mara kehadapan atau mundur kebelakang....
Minda boleh jadi satu rangsangan atau halangan...
Minda membantu kita mengambil sesuatu risiko atau tidak ke arah mencapai matlamat kita dan menjadikan impian sesuatu yang realiti....

Sama ada kita mencapai matlamat kita atau sekadar impian bergantung sekuat mana Minda kita....

Jadi apakah matlamat anda?


1 ulasan:

Setuju tu, minda tak kuat matlamat cuma sekadar anganan 😉