Bola itu Bulat

Bola itu bulat.... Seringkali kita mendengar orang selalu mengaitkan ungkapan "bola itu bulat" dengan sesuatu peristiwa yang mungkin terjadi... Semasa kecil dahulu pernah guru sekolah mengatakan.. "Kamu semua harus mengingati semua bab dalam buku ini, jangan tembak tembak baca bab yang kamu minat je... Bola itu bulat... Apa apa boleh jadi... Kamu tak tau apa yang keluar"... Haa... Lebih kurang macam tu la...

Kenapa perlu kaitkan dengan "bola itu bulat"?

Sebab pertama admin rasa mungkin cikgu tu peminat bola sepak kot... Ye la dalam permainan bola sepak selagi wisel penamat belum dibunyikan... Selagi itu , pemain tak boleh leka atau dihukum pihak lawan dalam permainan itu... Mungkin sebab itu ungkapan ini terbawak bawak dalam kehidupan... Mungkin cikgu itu cuba beritahu muridnya supaya jangan terleka atau anda akan kecewa nanti...

Mungkin juga sebab permainan bola bulat itu banyak kot.... Ada bola sepak, bola jaring, bola baling, bola hoki, bola sepak takraw, bola golf dan banyak lagi permainan bola yang bulat... Mungkin sebab itu ungkapan bola itu bulat menjadi popular dalam mengaitkan sesuatu peristiwa yang mungkin terjadi... Sebagaimana permainan bola bulat itu banyak mungkin menunjukkan yang terdapat pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi kot... Jadi sesiapa yang fikir untuk memcuba nasib Tanpa ilmu, berfikirlah bola itu bulat, banyak kemungkinan boleh jadi... Pelajari ilmu dapat kurangkan risiko dan meningkatkan kejayaan.. 

Mungkin juga kerana bola yang bulat itu memerlukan sesuatu objek yang lain untuk menghentikannya... Apabila bola itu bulat... Duduk di atas permukaan yang rata dan licin... Apabila bola itu diberi tekanan.. Ianya akan terus bergolek sehingga ada sesuatu geseran atau daya yang memberhentikannya... Mungkin terlanggar sesuatu dan berhenti yang mungkin menyebabkan sesuatu itu tercalar atau rosak...Mungkin sebab itu bola itu bulat digunakan untuk menggambarkan sesuatu bakal terjadi...

Tetapi ada sesuatu yang bermain di fikiran admin... Jika bola itu bulat berbentuk sphera dijadikan ukuran sesuatu peristiwa.... Bagaimana pula bola rangbi yang berbentuk bujur dan bola hoki ais yang berbentuk bulat leper pula? Tidak semua bola itu bulat.... Jadi apakah definisi bola itu yang sebenarnya ... Jadi apakah pandangan saudara/saudari pembaca sekalian?


1 ulasan:

meskipun bola berbentuk sfera atau lonjong, bola tetap berpusing dan masih sukar ke mana arah pusingannya.